Friday, March 13, 2009


hari sukan sekolah yg best;))

Friday, February 27, 2009


Rak buku untuk kali pertama nie,nak share tentang buku berkaitan agama.Buku karya Us. Mohammad Nidzam Abdul Kadir ini,disampaikan dengan gaya tulisan yang bersahaja.

Ada 16 bab yang dibincangkan dalam buku ini:
1.Azan dan Iqamat
.Adakah solat aku diterima.
2.Solat dalam pelbagai keadaan.
3.Dalam solat
4.Zikir
5.Masjid
6.Solat jumaat
7.Solat jemaah
8.Masbuq dan Muwafiq
9.Solat Istikharah
10.Solat Jamak dan Qasar
12.Solat Tahajjud
13.Qada Solat
14.Solat yang tidak mempunyai sandaran
15.Solat Jenazah
16.Solat Orang Sakit.

Kebanyakan persoalan yang diutarakan dalam buku ini sebenarnya banyak berkaitan dengan kehidupan seharian.

Wednesday, February 11, 2009

fenomena indigo



Mungkin fenomena ini masih baru di Malaysia,atau mungkin saya sahaja yang baru mengetahuinya.
Dalam bahasa sepanyol indigo bermaksud warna nila.
Indigo children are the children who are belive to respect a higher state of human evolution.
Kanak-kanak indigo ini dilahirkan dengan ciri-ciri yang sangat berbeza dengan kanak-kanak biasa.Mereka mempunyai kadar spiritual yang tinggi,rasa ingintahu yg mendalam,matang sebelum usia mereka,dan paling menarik,mereka mempunyai kelebihan.

Teori kanak-kanak indigo ini telah dimulakan oleh seorang psikik bernama Nancy Ann Tape,dalam buku bertajuk 'Understanding Your Life Through Color',pada tahun 1982.
Pada tahun 1998,buku bertajuk,'The Indigo Child:The Nwe Kids Have Arrive,telah ditulis oleh Lee Carol&isteri Jan Tober.

Kanak-kanak indigo sangat meminati yang misteri,spiritual,paranormal dan mereka cenderung berfikir 'think outside the box'
Mereka juga suka mengikut taklid tradisi,dan memperbaharui cara melakuakn sesuatu.Kanak-kanak indigo juga dikatakan mempunyai level kesedaran yang tinggi.

Namun kanak-kanak indigo kebiasaannya mengalami Attention Deficit Hyperactive Disorder(ADHD),Attention Deficit Disorder(ADD),Obsessive Compulsive Disorder(OCD)

Ada pengkaji yang menyatakan bahawa kanak-kanak indigo ini merupakan children of the sun.
Kanak-kanak indigo merupakan golongan yang memiliki keistimewaan.Antaranya ialah,
kebolehan membaca fikiran
kebolehan melihat peristiwa yang terjadi di tempat lain.
kebolehan meramal kejadian akan datang
kebolehan menggunakan roh sebagai medium
&
kebolehan mendapatkan informasi melalui sesuatu benda.

Di Malaysia,fenomena ini masih kurang diketahui,namaun di Indonesia,seorang kanak-kanak bernama Annisa Rania Putri telah diketogorikan sebagai kanak-kanak indigo.Beliau boleh berbahasa inggeris dialek AS sejak pandai bercakap,walhal kedua ibubapanya tidak tahu berbahasa inggeris,dan kanak-kanka ini mampu mengingati peristiwa yang hampir mustahil,iaitu kelahiarnnya sendiri.

Jika dilihat dari semua aspek,kannak-kanak indigo mempunyai kelebihan yang luar biasa,dan seharusnya kelebihan ini dimanafaatkan di jalan kebaikan.

Untuk maklumat lanjut:
http://www.indigochild.com.